Monday, 10 December 2012
MUAT TURUN BORANG KEMASUKAN PAPN RAUB
PAPN Raub menjemput ibu bapa dan keluarga yang mempunyai anak berumur 1-3 tahun untuk mendaftar bagi kemasukan baru 2013 ke PAPN Raub. Mari beramai-ramai mendaftar bagi kemasukan baru 2013. PAPN Raub beroperasi dari 8.00 pagi sehingga 5.00 petang (Isnin hingga Jumaat) kecuali cuti umum.
Syarat-syarat kemasukan:
♥ Bagi kawasan luar bandar, jumlah pendapatan isi rumah (suami dan isteri) adalah tidak melebihi RM1,500.00.
♥ Bagi kawasan pinggir bandar dan dalam bandar, pendapatan isi rumah adalah tidak melebihi RM 2,500.00.
♥ Keutamaan juga diberikan kepada ibu tunggal, Orang Kurang Upaya (OKU), pemohon yang mempunyai masalah keluarga (contoh: masalah penceraian, digantung tidak bertali dll.).
♥ Keutamaan akan diberikan kepada ibubapa yang tinggal berdekatan dengan PAPN Maran (10 km dari kawasan rumah)
Permohonan baru untuk Permata Maran masih dibuka dan Ibubapa boleh memuat turun (disini) Permohonan mestilah disertakan dengan :
Salinan Kad Pengenalan Ibu dan bapa
Salinan Mykid dan Surat Beranak Anak
Slip gaji pasangan/Pengesahan Pendapatan bagi yang bekerja sendiri
Permohonan yang lengkap boleh dihantar ke PAPN Raub:
PUSAT ANAK PERMATA NEGARA
PARLIMEN RAUB
TAMAN AMALINA LESTARI
27600 RAUB
PAHANG
Borang Pemohonan Anak Ke PAPN
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment